Masyarakat Rom Empayar_Rom

Masyarakat Rom terbahagi mengikut sistem kasta. Kelas yang terendah ialah hamba abdi. Mereka tidak diberi hak langsung dan dimiliki oleh orang lain. Selepas itu ialah kelas plebeian. Kumpulan ini ialah orang bebas tetapi mempunyai sedikit pengaruh dalam pentadbiran negara. Kelas kedua tertinggi ialah equestrian (kadangkala dipanggil kesatria). Nama mereka bermaksud penunggang kuda dan setiap equestrian diberi kuda dan boleh menyertai pasukan berkuda untuk bertempur bagi Empayar Rom. Mereka yang ingin menjadi golongan ini haruslah kaya dan berharta. Kelas tertinggi sekali ialah patricians atau golongan bangsawan. Golongan ini ialah golongan paling berkuasa di Rom dan berhak menjadi ahli Senat Rom.